Assalamualaikum dan salam usahawan :)

Kelab Usahawan Siswa UiTM Perlis, telah mengadakan Annual General Meeting pada 14 Jun yang lalu dan dihadiri kira-kira 300 orang ahli baru, dan turut dihadiri oleh ahli-ahli lama, Majlis telah dimulakan pada Jam 9 Malam, dengan bacaan doa, Kami terpaksa meneruskan Majlis tanpa kehadiran VIP , iaitu Koordinator MASMED , Prof Madya Amran Awang, Penasihat Kelab, En Kamsol Mohammed Kassim, dan juga Pn Noraini Nasirun.



Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan selamat datang dari pengerusi majlis, iaitu Exco Tugas-tugas Khas, Abid Az-zahir, bacaan doa telah disempurnakan oleh Hazmi Zawawi, dan ucapan dari Presiden Kelab Usahawan Siswa, Fakhrul Redza Abdul Rahman.


Selepas selesai ucapan dari Presiden, Majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia pengenalan Organisasi Kelab dan tayangan Aktiviti - Aktiviti yang berjaya dijalankan oleh Kelab ini. Majlis berjalan dengan tidak begitu formal kerana tanpa kehadiran VIP, pengerusi Majlis berjaya menjadikan AGM ini satu Meeting yang santai dan bersahaja. Pada hari AGM kami berjaya mendapatkan 35 orang ahli baru yang berminat menjadi AJK, kami terpaksa mengadakan beberapa proses saringan kerana ramai yang berminat untuk menjadi Exco baru untuk Kelab ini, terima kasih atas sokongan semua, Majlis berakhir pada Jam 10.35 Malam



Kami berharap dengan penyertaan ahli-ahli baru ke dalam Kelab ini dapat menjadikan kelab yang paling aktif, kerjasama semua ahli dalam menjayakan aktiviti amat diperlukan.

'Keusahawanan Menjana Kepimpinan Siswazah Mampan"

Laporan Oleh :
Khairul Bazli Najmuddin

-Timb. Presiden II