Pada 17,18,19 Mac yang lalu, Ahli Majlis Tertinggi Kusis seramai 9 orang telah menghadiri Convention Of Student Entrepreneurs anjuran MASMED UiTM Shah Alam dan Technopreneur Club,  bertempat di bangunan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Dataran Cendekia.


UiTM Shah Alam


Kolej Jati-tempat Penginapan

Majlis tersebut juga adalah untuk merasmikan Students Mall UiTM Shah Alam, selain dari MT Kusis yang mewakili UiTM Perlis, terdapat beberapa wakil dari UiTM Cawangan yang lain, seperti UiTM Dungun, UiTM Segamat, UiTM Kedah, UiTM Sabah dan beberapa UiTM Cawangan yang lain.



Student Mall UiTM


Peserta-peserta sedang tekun untuk menyiapkan situasi perniagaan yang diberi.


Wirajaya Sdn Bhd dan Juta-Juta Sdn Bhd yang mewakili UiTM Perlis dalam pertandingan Business Strategic Games

Selain dari merasmikan Students Mall UiTM Shah Alam, terdapat juga beberapa aktiviti yang menarik yang telah dijalankan termasuk U-Cose Explorace, Business Strategic Games dan beberapa aktiviti yang lain selain pameran gerai jualan dari kampus-kampus cawangan termasuk UiTM Sabah yang menjual produk berasaskan Mutiara.

Updated by : Admin / Naib Presiden II