Alhamdullilah, event yang kami rancang sekian lama telah melabuhkan tirainya pada ahad lepas 10 April dengan upacara perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr Amran Awang selaku Koordinator MASMED, selain turut dihadiri Timbalan Rektor PJI Prof. Madya Dr Nik Ramli Bin Nik Abdul Rashid dan Penasihat KUSIS, En Kamsol Bin Mohamed Kassim.



Event ini telah bermula pada hari sabtu dan telah berlangsung di Kompleks Star UiTM Perlis, aktiviti yang telah dijalankan pada hari sabtu ialah PES Championship 2011 dan Eat As You Can, aktiviti ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dan turut disertai oleh Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar2 yang lain.


PYNDP MPP Keusahawanan turut menyertai aktivti yang dijalankan


PES CHAMPIONSHIP


SET UP PENTAS


KARAOKE STAR

Pada hari Ahad, event telah diadakan di Mushroom UiTM Perlis, dengan pelbagai aktiviti menarik, antaranya Karaoke Star, yang turut mendapat sambutan sehingga pihak Kami terpaksa menapis peserta-peserta.


Pihak kami juga meminta maaf kerana tidak dapat membawakan kepada anda Mc Donald, Big Apple, Gempakstarz dan beberapa company yang kami war-warkan sebelum ini, ini kerana syarikat2 ini telah terikat dengan event lain pada 8-10 April, event kami sepatutnya berlangsung pada 1 - 3 April, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana bencana alam yang menimpa Perlis iaitu Banjir.  Tetapi kami juga turut berterima kasih kepada pengerai2 yang menyertai event kami dan beberapa syarikat company yang turut serta antaranya CELCOM dan TAKAFUL INSURANCE.



Segala kekurangan dalam event ini amat kami kesali, insyallah kami akan membuat yang terbaik di event2 akan datang.  Sokongan anda amat kami hargai, majulah KUSIS untuk semua.

Terima kasih
-Timb. Presiden 2